Sejarah KVT Kolej Vokasional Temerloh telah dibina pada akhir tahun 1975, di atas sebuah tapak seluas 10 hektar dimana kawasan yang asalnya berbukit dan dipenuhi oleh hutan. Sekolah ini terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Jerantut, jaraknya dari bandar Temerloh ialah 13 kilometer. Sekolah ini dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM 3,608,421.19 di bawah Projek Rancangan Malaysia Kedua. Pada 03 Januari 1976 kolej ini dibuka untuk kumpulan pertama pelajar-pelajar dari sekitar negeri Pahang Darul Makmur seramai 244 orang . Dari keadaan serba kekurangan ia berkembang serta mengukuhkan kedudukan dari setahun ke setahun. Tanggal 16.06.1982, merupakan hari bersejarah bagi kolej ini apabila ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berkenan merasmikan sekolah ini. Kini sekolah ini mengeluarkan pelajar-pelajar yang mengikuti 8 jenis kursus selama 2 tahun dan menyediakan mereka menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia. Oleh sebab asrama yang disediakan di sekolah hanya dapat mengambil 75% daripada jumlah pelajar ,maka yang lain-lainnya samaada berulang-alik dari rumah mereka melalui perkhidmatan bas awam atau pun menyewa rumah-rumah berhampiran dengan kolej ini. Kolej ini dahulunya diletakkan di bawah pentadbiran bahagian pelajaran Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekarang ditukar nama Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal. Purata Pelajar di sekolah ini adalah 500 orang.
Peristiwa Yang Memberi Kesan Kepada Sekolah - Kolej. Pembukaan rasmi oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, D.K, S.I.M.P.K (Terengganu) pada 16.6.1982 bersamaan 24 Syaaban 1402.
Perubahan Dari Segi Sosial
Pertambahan kursus-kursus iaitu kursus Seni Bina, Seni Reka Tanda dan Lukisan Kejuruteraan awam pada tahun 1993.Walau bagaimanapun Kursus aliran teknikal tidak lagi di disediakan di KVT Temerloh mulai tahun 2010. Perubahan Dari Segi Sosial Ianya jauh berubah kerana dahulu sekolah ini mengambil murid yang tidak lulus dan menimbulkan masalah disiplin, tetapi sekarang pelajar yang di terima untuk masuk ke sekolah ini adalah yang mempunyai kelulusan yang baik dan masalah disiplin berkurangan. Guru –guru dahulunya kebanyakan berkelulusan maktab perguruan sahaja dan pada masa ini ramai di antaranya yang berkelulusan universiti . Pelajar dahulu datang dari segenap pelusuk negeri dan sekarang ini diutamakan kepada pelajar dari negeri pahang (kawasan setempat). Jika dahulu majoriti guru adalah lelaki tetapi sekarang terdapat ramai guru perempuan dalam bidang Vokasional.
Perubahan Yang Berlaku Pada Tahun Kebelakangan Ini
Terdapat banyak bangunan baru didirikan pada tahun 1993 dan kursus-kursus baru diwujudkan seperti Seni Reka Tanda, Lukisan Kejuruteraan Awam & Lukisan Seni Bina . Banyak peralatan telah ditambah dengan peralatan moden dan canggih . Rumah guru juga ditambah sebanyak dua buah. Pada bulan Julai tahun 2000 banyak bangunan baru telah didirikan seperti bangunan makmal bangunan kelas, surau dan asrama puteri bagi keperluan pertambahan pelajar-pelajar aliran Teknik. Dewan sekolah juga telah dibina pada tahun 2008. Mulai tahun 2010, aliran teknikal tidak lagi dijalankan sepenuhnya dalam usaha memartabatkan kembali KVT.