Pelajar-pelajar yang berada di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang di dalam bidang intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dengan ini peluang yang seluas-luasnya akan diberikan kepada pelajar-pelajar di sekolah ini untuk mengembangkan keempat-empat bidang tersebut.
Kami pendidik-pendidik yang mempunyai kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajar-pelajar di sekolah.